22 June 2012

oma oma yang hampir buat aku koma.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah.
Written Pathology dah tamat.
eh, baru yang exam kertas.
esok ujian lisan pulak.


Pathology ni,
aku belajar macam-macam jenis penyakit.
seronok memang seronok.
terus rase dulu aku ni bengong gile.
mcm contoh, penyakit BATU KERING.
atau nama lain TUBERCULOSIS (TB)
dulu aku betul-betul ingat batuk dia kering tak berkahak.
jadi kalau aku ade batuk teruk tapi xde kahak,
aku ingat aku kene penyakit ni daa.
rupa-rupa nye, haih.
rasa malu gile ngan diri sendiri.
hahahahahaha.
TB ni sangat lah bahaya.
dia boleh effek semua system dalam badan kot.
dan even orang tu baru kene primary TB dan lepas tu sembuh,
tapi dia sembuh melalui fibrosis. erk, ok. aku dah x reti nk terang secara mudah.
=.='





yang paling susah pada aku dalam subjek ni belajar NEOPLASIA
atau nama lain dia, CANCER.
dulu kalau orang cakap dah stage 3 atau stage 4, aku tak paham.
sekarang dah faham. stage tu refer pada TNM staging system.
T tu untuk size tumour tu. T1 ke T2 ke T3 ke dan seterusnya.
N tu untuk berapa banyak lymph node yang terefek.
M tu untuk metastasis yakni dia dah merebak ke tempat lain ke belum. 

jadi kalau orang kata cancer dia dah last stage dah, maksudnye dia T4 N3 M1. dah teruk sangat dah tu.

lepas tu,
cancer ni bukan satu macam.
bermacam-macam.
mula-mula kene tahu ade benign, locally malignant, ngan malignant.
lepas tu benign tu pulak dibahagi lagi bawah dia.
gaaaahhhh. 
contoh mcm benign epithelial tumour.
bawah dia ade papilloma dengan adenoma.
bawah papilloma pulak ade 3 jenis lagi.
bawah adenoma pulak ade 3 jenis lagi.
bayang la. tu baru benign untuk epithelial je. yakni kulit.
belum campur cancer tulang, otot, salur darah, hati, paru-paru dan pelbagai lagi.
memang banyak sangat lah.
ni baru yang aku belajar.
yang bidang khusus ambek cancer, komfem lagi serabut kepala.
ni baru lah seciput dari ilmu cancer tu. tu pon dah byk sangat merungut nye laa. =.='
lymphoma, sarcoma, osteoclastoma, leiomayosarcoma, rhamdomyoma, lama-lama memang koma ah.
hahaha. so kalau lepas ni orang cakap pasal cancer, aku dah paham dah.
dan part tu yang paling seronok seronok sebenarnye. heee.



squamous cell carcinoma

osteosarcoma

melanoma. 
ni antara cancer kulit yang paling berbahaya.

transitional cell carcinoma.
ni buah pinggang ye.
dasyat gile kan?


siyes oh belajar ni mmg terasa kebesaran Allah.
cancer ni kadang-kadang boleh jadi tanpa sebab.
xde family history, amalkan gaya hidup sihat, hidup tak stress, makan sayur semua tapi tetap boleh kene.
due to unknown reason, DNA dia alami mutation lepas tu kene lah cancer.
tak ke daebakk tu!
kalau bukan Allah yang berkuasa, siapa lagi.
kalau Allah mmg nak sesuatu tu jadi, maka jadilah dia.
tanpa perlu ade explanation pon.
so tak payah nak bajet sangat lah.
sekali Allah turunkan bala,
tak ada siapa pon dapat tolak.

dan esok aku ujian lisan.
oral pathology,
ujian esok ada 2 sesi.
satu tu sesi mcm biasa laa. tanya-tanya soalan berdasarkan pada buku.
satu lagi tu sesi mengenal pasti jar atau balang kaca.
specimen diletakkan dalam balang kaca, lepas tu kene teka apa benda tu.
macam main quiz pulak.
hohoho. tapi bukan senang oh.

antara balang kaca yang menarik,
sebab ada yang nampak normal jadi nanti aku x tahu nak explain macam mana. 
heeeee.


usus besar yang kene serangan Bilharziasis. maka terjadilah polip bilharziasis dan pericolic mass.
ok, rase pelik nak translate ke bahasa melayu.
ni betul punya oh.
cuba bayang usus kita jadi macam ni. sakit tak sakit ah kan.



aku doa aku dapat soalan kaki ni esok.
sebab senang nak cam. heeee.

ni kaki orang yang kene penyakit kusta (leprosy)
yang belah atas tu memang laa kene potong kan.
tapi jari-jari kaki dia tu semua tertanggal sendiri.
penyakit kusta ni boleh buat org hilang deria rasa (sensation) lepas tu jari jemari akan tertanggal dengan sendiri.
seram kan?

ni paru-paru orang yang kene secondary TB.
paru-paru dia bertukar jadi cheese-like stucture.


ni uterine leiomyoma.
atau nama lain, cancer otot di dinding rahim.
rahim sepatutnya ade ruang kosong dalam dia.
ye laa, untuk baby kan.
tapi yang ni, rahim dia penuh ngan tumor tu dan membesar jadi bulat lagi.
memang dah x boleh beranak ah. sebab tu uterus ni kene buang.
mesti sedih gile kan.

so tu 4 dari pada hampir 40 jars yang aku kene khatam.
berdebar nak exam ni. takut tak dapat nak bezakan jars je. huhu.
doakan aku ye.

lepas patho ni,
aku akan mengalami minggu busy study.
hahaha.
so sebab tu nak lepas kan jugak gian nak membebel kat blog.

kepada mama n abah yang membaca,
sila doakan anak anda di sini ye
trying to do my best.
tapi i dont think my result for this year will be the same as for last year.
susah gile aih.
so mohon maaf awal-awal deyh if i dont reach your expectation.
heeeee.


mujahadah itu pahit,
kerana syurga itu manis.
:)


.......



2 comments:

Syaufiq Effendy said...

Tahun depan boleh jadi tutor Patho aku . haha

AzyanAaziz said...

ah, segan ah. budak medic hebat sangat. hahaha.