27 November 2012

say ALHAMDULILLAH.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

tarik nafas, pastu hembus kuat-kuat.
woooaaaaaahhhhhhh.
okeyh. seronok nya habis test.
wink3.
semalam aku ada Oral Pathology test.
tak tahu laa nak kata kuiz ke, test ke, exam ke.
masuk 5 chapters, merangkumi 89m/s daripada buku.
erk, sah-sah tak ada kerja sampai muka surat pun aku kira.
ahaha.

salah satu tajuk yang masuk tu,
Developmental Disturbance of Oral and Para-Oral Structures.

tajuk ni sangat banyak penyakit yang perlu di hafal,
tapi tajuk ni jugak membuatkan aku mengucap syukur Alhamdulillah banyak-banyak pada Allah sebab hindarkan aku dari semua penyakit yang aku belajar tu.

tajuk ni tentang penyakit-penyakit yang kene pada manusia masa proses pembesaran.
most of these diseases are congenital diseases yang mana sejak lahir lagi dah ada.
dan 60% daripada penyakit ni tidak diketahui punca nya. unknown causes. sedih sangat tengok gambar-gambar baby yang kene penyakit-penyakit ni. :'(

sebab tu aku cakap,
banyak-banyak laa bersyukur pada Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.

nak share laa beberapa gambar daripada penyakit-penyakit yang aku rasa bertuah sangat Allah tak pilik aku untuk jadi salah seorang penghidap nya. aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat mereka-mereka ni.


Pierre Robin Syndrome

bila baby tu tutup mulut.

bila baby tu bukak mulut.

rahang mandible dia sangat kecik. complete cleft palate. biasa nya penyakit ni diikuti dengan kegagalan jantung, dan kadang-kadang mental retardation.

Cleft Lips and Palate


ada macam-macam jenis. kalau cerita pun, org bukan paham. yang gambar A tu, dalam bahasa melayu nye, bibir sumbing.
kalau yang sumbing bibir nya saje, sekarang teknologi dah canggih. boleh di bedah tanpa meninggalkan parut.
yang aku sayu sangat bila tengok gambar yang kene cleft lips and palate. macam-macam masalah boleh timbul kat baby ni. tak boleh nak hisap susu, boleh kene infection kat middle ear cavity that leads to deafness, gigi tak tumbuh. macam-macam laaa. :'(


Fibromatosis Gingivae atau nama lain nya, Elephantiatis Gingivae


gusi di membesar dan terus membesar. org lain tak ada pon fibrous collagen fibers dekat gusi, tapi dia boleh ada. dasyat kan?

Microglossia



tahukah anda gigi kita ni duduk statik dekat posisi dia sebab force dari lidah dengan force dari pipi?
bila lidah kecik, hanya akan ada force dari pipi menyebabkan rahang tak akan terbentuk. maka jadi laa seperti gambar di atas. lidah dia kecik sangat menyebabkan gigi dan struktur-struktur sekitar semua terjejas.


Amelogenesis Imperfecta



ada macam-macam jenis amelogenesis imperfecta ni. penyakit ni terjadi bila enamel kat gigi tak develop betul2, sama ade kat initiation stage ke, calcification stage ke atau maturation stage. ni bukan gigi dia buruk sebab dia malas gosok gigi ok. 

Hairy Tongue


bukan bermakna tumbuh rambut dekat lidah ye. cuma nye dia ada hypertrophy(pertumbuhan lebih pesat daripada normal) dekat filiform papillae dia. filiform papillae tu salah satu jenis taste bud dekat lidah kita. dan dia tak ada normal desquamation. normally, lapisan paling luar lidah kita akan berganti. tapi dalam kes ni, lapisan makin tinggi dan tak kurang. maka jadi laa macam ada rambut dekat lidah dia. 


ni laa antara penyakit yang sangat-sangat meruntun hati aku. ikutkan macam nak letak semua penyakit yang aku belajar, tapi macam over pulak kan. heeee. seriously, semakin banyak belajar, semakin terasa syukur sangat dekat Allah. itu pon masih susah lagi nak buat apa yang Allah suruh.

Allah dah bagi cukup 28 gigi (sebab 4-4 third molar aku tak tumbuh lagi. hik3).
Allah dan bagi normal occlusion.
Allah dah bagi normal class 1 molar relation.
Allah dah bagi lidah yang normal.
Allah dah bagi gusi yang sihat.
Allah dah bagi gigi yang tak banyak pit and fissure.
Allah dah bagi bibir yang terletak pada tempat nya.
Allah dah bagi macam-macam.
itu pon masih payah nak bersyukur ke?

sebab tu lecturer cakap,
kita tengah mengkaji ciptaan Allah yang paling hebat. meski pun kita cuma concern bahagian mulut saje, tapi dah cukup banyak untuk buktikan kebesaran dan kehebatan Allah.
Subhanallah.

"be thankful for what you have.
instead on complaining, say Alhamdulillah" - ambik dari internet. :D





oh, dan tadi evaluation untuk oral screen.
ini subjek Pedodontic.
sobs3.
Allah uji aku dengan 4 kali cast tertanggal dari tempat nya. menyebabkan aku habis masa untuk lekatkan balik cast je.
tak pe laa. redha. 
masa di beri cuma 1 jam saja.
'Alaa kulli hal, berjaya siapkan dan hantar.
:)

ini laa dia bentuk oral screen tu.


ini yang aku buat masa praktis-praktis. dan cast dah kene hantar daa. huuu.
oral screen ni adalah appliance yang perlu direka oleh dentist untuk kanak-kanak yang bernafas ikut mulut(mouth breathing).
bernafas ikut mulut ni adalah salah satu habit yang sangat-sangat tidak bagus untuk pertumbuhan gigi dan bakal menyebabkan kanak-kanak ini menderita di kemudian hari.
maka dentist perlulah mereka oral screen ni yang perlu dipakai oleh kana-kanak terbabit sewaktu tido.
ini salah satu cara 'prenventive orthodontics'
yakni memastikan kanak-kanak ini tak perlu pakai braces di kemudian hari hanya gara-gara habit bernafas ikut mulut.

nak tahu x?
semakin aku belajar dentistry ni,
semakin berkobar-kobar aku nak memastikan gigi anak-anak aku cantik.
erk.
erm. erm. kesian nya anaakkk akuuu.
mesti menderita siapa yang jadi anak aku.
hahaha.
:P



....

22 November 2012

Stalker Comel. hihi.

5 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


aku ada stalker sekarang.
stalker yang perasan comel.
hahaha.



kelakar je.
siapa laa insan ni.
ntah lelaki ke perempuan.
mula-mula aku ingat kawan lama dekat sekolah dulu,
tapi dia cakap bukan dia.
so siapa laaa insan ni yang sudi nak stalk aku ni.
hmmmmm. o.O
hahaha.

papehal pon,
rase seronok laa jugak.
bukan seronok sebab ape,
tapi sebab dia cakap 'saya' 'awak'.
sangat susah nak jumpa orang yang cakap 'saya' 'awak' dengan aku.
hahahah.
mungkin sebab personaliti aku kot.
hampir dengan semua orang aku cakap guna 'aku' 'kau'.
lelaki ke perempuan ke, semua aku kau.
jadi aku terasa insan ni memang tak kenal aku.
sebab tu dia guna 'saya''awak'.
hehee.

kepada stalker tu,
tak payah laaa nak stalk blog ni sangat.
bukan ada pape pon.

btw,
i don't live in the past anymore.
so, apa jua yang aku mengarut masa dulu-dulu tu,
bukan bermakna itu adalah aku yang sekarang,
sebab kehidupan itu membuatkan setiap manusia akan berubah.
setiap detik, setiap hari, manusia akan belajar.
dan dengan belajar itu, manusia akan berubah.
sama ada kepada yang lebih baik, atau sebaliknya.
jadi, don't judge me by my past stories.
i don't live there anymore.
and now, i'm starting to move on.
step by step.
little by little.
biiznillah.
:)


oh, dan nak bagitahu.
isnin ade kuiz carry marks oral patho dengan evaluation untuk dawai ortho.
selasa ada evaluation untuk oral screen.
oh, stress.
untuk keterangan, istilah 'evaluation' tu digunakan di sini untuk exam praktikal.
kalau markah tu jawab exam bertulis je,
aku boleh terima lagi.
tapi bila markah untuk evaluation kerja praktikal ni,
aku lemah betul laaa.
sebab dia bukan bergantung pada hafalan atau pemahaman kita.
tapi bergantung pada kepantasan dan ke'kretif'an tangan ni untuk siapkan task yang diberi dalam masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria yang termaktub.
haiiihhhhhh.
so sekali lagi aku tekan kan,
siapa nak ambik dentistry ni,
tolong laa fikir masak-masak.
anda bukan sahaja akan bergelumang dengan buku,
tetapi juga dengan segala instrument, mesin, materials yang berlambak-lambak.

oh,tolong doa agar Allah terbitkan rasa rajin dalam diri insan bernama AZYAN ni.
tolong sangattt. sebab aku malas tahap maksima sekarang ni.
orang dekat Palestin punya susah nak belajar,
apesal laa aku yang senang-senang ni malas sangat nak belajar?
:'(





....


haru-haru.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


mengimbau kenangan kejap.



lagu first k-pop yang aku suka.
dan still sangat suka.

mula-mula suka sebab MV dia je.
tak paham ape benda pon.

oh,missing the old BIG BANG.
:'(

tahun ni hilang semua rasa nak layan korea ni.
sama ada aku dah besar,
atau korea sekarang dah tak best,
atau aku banyak benda lagi nak kene buat sampai tak sempat layan.

hmmmmmm.
o.O




.......


20 November 2012

kawan.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..






sesuatu yang aku belajar bila usia semakin menginjak tua ni,

kawan adalah tempat untuk meluahkan masalah bukan tempat untuk mencari jalan penyelesaian.

hidup sendiri, keputusan sendiri.

terima kasih kawan-kawan sekalian sebab sudi dengar luahan hati ini.

sebab tak ada orang boleh hidup tanpa kawan.

:)





*gambar atas atas tu hiasan semata-mata. untuk kenangan belajar. kalau aku dah besar nanti dan pesakit aku tahu mcm mana aku belajar, komfem tak berani nak jadi pesakit aku. macam budak kecik dekat tadika. muahaha.*



........




13 November 2012

mohon sangat-sangat doakan sahabat saya.

4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


trauma trauma.
terbayang lagi insiden tu.
jelas lagi kat mata.
Allah. Allah.
Sembuhkan lah sahabatku, Ummu Nabilah Bt Suhardi.
Sembuhkan lah luka pada muka, kepala dan tangan nya, kurangkan lah kesakitan nya, kuat kan laa semangat nya. tabah kan hati nya. berat ujian yang kau timpakan pada nya, Ya Allah.
kuat kan hati-hati kami juga Ya Allah. kuat untuk berdepan dengan dia. 

 sibertaya. ini lah yang meletup.

alcohol yang di isi dalam sibertaya. sibertaya meletup, alcohol terpercik ke muka dan badan, api menyambar muka dan tangan dalam sekelip mata.


sungguh, aku tak sangka sibertaya(pelita) yang kitorang selalu guna boleh meletup macam tu.
dari tahun pre-dental lagi dah guna benda tu.
Ya Allah.
berlaku depan mata. aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. ahli group praktikal aku sendiri. duduk 3 kerusi je sebelah aku. kepala, badan ummu semua penuh api. menyala-nyala. tapi tak ada yang bergerak pon dari tempat masing-masing. semua terdiam dan tergamam. cuma Metot sorang je yang reflex action tolong padam api. dalam masa 10 saat, kejadian macam cepat sangat-sangat berlaku. menggigil badan sampai sekarang rasa. trauma.

Melawat dia dekat hospital tadi. sayu sangat hati tengok keadaan dia. first dengan second degree of burn. 
satu kelas hilang semangat. hilang punca. jawab kuiz ortho yang ada carry marks pon, tak ada siapa boleh fokus. semua kepala ada kat ummu.

jadi aku mohon sangat-sangat. tolong doakan dia. tolong sangat. tak sanggup aku nak tengok dia dalam keadaan macam tu. mana tahu, berkat doa orang ramai, dia boleh lagi cepat sembuh.


nak sangat sangat amat telefon mama sekarang. 
pakal je sekarang dah pukul 1 kat Malaysia. 
erghhh. 
trauma tak hilang selagi tak dapat cakap dengan mak dan ayah sendiri.
 :'(





......

12 November 2012

CINTA

7 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Alhamdulillah. semalam dapat juga pergi program Bicara Cinta oleh Sheikh Rohimuddin. (walaupun tersengguk-sengguk sebab ngantok gile. hee.) Beliau ni sangat laa hebat. asal dari Indonesia. dah 20 tahun menimba ilmu kat mesir ni. Ilmu dia sangat tinggi. pergh. memang kagum laaa. dah beberapa kali Sheikh ni datang Tanta. oh, beruntung nya.

banyak yang aku belajar atau ingatan semula daripada Sheikh. bertapa tinggi nya nilai CINTA tu.


Sheikh kata, CINTA itu bukan datang dengan mudah. bukan sekali pandang saje, terus dah jatuh cinta. itu nama nya cinta Syahwat. Cinta tu lahir selepas perkenalan, bila orang yang berlainan jantina itu semakin menepati ciri-ciri kehendak kita. Masing-masing ada irodah(keinginan) mereka tersendiri terhadap ciri-ciri pasangan mereka. jadi CINTA itu sebenarnya mengzahirkan keinginan hati, atau pilihan hati nya sendiri. dan CINTA itu tak mudah untuk datang. bukan sekelip mata dah CINTA. CINTA yang mudah datang akan mudah hilang dengan hilangnya syahwat itu.

Semua orang asal nya sangat CINTA akan diri mereka sendiri. kalau perasaan ini tak dibuang, maka kebahgiaan tak akan dapat dikecap. contoh macam seorang isteri yang beleter dekat suami-nya, 'Abang, saya kahwin dengan abang untuk bahagia, tapi hanya derita yang saya dapat.' Sudah jelas sang isteri cintakan diri sendiri nya dahulu baru cintakan suami nya. sebab dia mahu kesenangan, kemudahan, tak mahu sebarang kesusahan. maka kebahgiaan tidak akan dapat dikecap.




Kita kene CINTA pada Allah dulu baru laah kita mampu wujudkan perasaan CINTA pada manusia sebab Allah lah pemilik CINTA. macam mana nak CINTA makhluk Allah, kalau tak CINTA pada pencipta manusia itu. Bagaimana nak wujudkan CINTA pada Allah itu, perlulah melalui Rasul-Nya.

Tujuan nikah yang hakiki adalah untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. maka kamu kenelah solehkan diri kamu dahulu, cari dan pilih perempuan yang solehah untuk kamu. jangan mencari kalau masih belum bersedia hendak menikah. jangan rancang nak nikah lepas habis belajar, tapi tahun 1 lagi dah mencari. itu nama nya Syahwat Hayawanaat. cari hanya bila sudah bersedia dan memang benar-benar ingin serius.

Jika ingin mendapat CINTA, kita perlulah memberi. memberi dengan sepenuh hati. selagi kita meminta, itu bukan nama nya CINTA. CINTA itu apabila kita dapat menerima semua baik buruk pasangan kita. kalau kita mengharap pasangan kita berubah kepada itu, kepada ini, itu bukan CINTA. itu meminta untuk memuaskan hati menjadikan pasangan sama seperti ciri-ciri inginan nya, lalu menunjukkan betapa dia cintakan diri kita sendiri bukan pasangan nya itu.

Jodoh itu Allah sudah tetapkan dan sudah termaktub, Siapa orang itu, Bila masa berlakunya, Di mana terjadinya, dan Berapa nikah nya. semua tak usah khuatir. pasrah dan redha dengan pilihan Allah. letakkan sepenuh pergantungan pada Allah.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)



lepas tu, Sheikh ada cerita macam mana dia lamar isteri dia, 2 kali kene tolak. mana tak tolak. lamaran Sheikh bunyi nye lebih kurang macam ni,

'aku memang tak cinta engkau. jangan mengharap aku cinta sama engkau. tapi aku sedang mencari orang yang boleh cinta aku. sebab aku percaya jodoh itu pada tangan Tuhan. jadi kalau emang engkau bukan jodoh aku, tak apa laa. aku redha. aku akan mencari orang lain.'

tergelak-gelak satu dewan. Sheikh kata depan isteri dia je dia cakap macm tu. padahal dia dah cinta gile kat isteri dia. siang malam doa kat Allah bukak pintu hati isteri dia tu. kalau aku pon aku reject kot. haha. Sheikh kata dia nak menguji kepasrahan hati dia terhadap ketentuan Allah. kalau betul dia tu jodoh, tanpa perlu ucap cinta pon, mereka akan kahwin jugak. tapi Alhamdulillah kali ketiga, lamaran Sheikh diterima. :)

itu jelaa yang aku dapat daripada program 4 jam semalam tu. itu je yang aku ingat sebenarnya sebab aku bukan bawak buku nota nak salin pon. bajet kepala ni power sangat laa kan. asyik terlelap je. haha. sebab tu kene cepat2 tulis kat sini sebelum hilang. peringatan untuk aku dan semua. InsyaAllah.

balik tu membuatkan aku memandang perkataan CINTA tu lain daripada biasa. macam CINTA tu berharga sangat. now, masa untuk perbaiki diri. siapa pun jodoh aku, itu hak Allah yang tentukan. tapi aku perlu menjadi seorang yang solehah. sebab aku nak jadi ibu yang solehah supaya anak-anak aku soleh dan solehah. InsyaAllah. :)

 so pape pon, bermula dengan diri sendiri. i really really want to be a great mother. untuk menjadi ibu yang hebat, aku perlu menjadi anak yang hebat dulu. jadi sekarang kene belajar betul-betul, balas balik jasa mama n babah, baru laa fikirkan tentang diri sendiri pulak. baru laa boleh jadi isteri solehah pulak. ^^, 

btw, unit bait muslim ada bagi ucapan. dia kata pasal target unit bait muslim pada budak-budak Tanta. Untuk pelajar dentist, dyorang target, by the end of second year, semua dah berpunya. tak kisah laa sudah tunang atau hati nya sudah berpunya. uishhh. jeng jeng jeng. hahahahaha.



If its meant to be, it will be.
:) 




.....

09 November 2012

la la la.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



siapa nak bagi LE 4899 kat aku?
pleaseee. pleaasseeee.




hati meruntun-runtun nak beli.
cair, melting lebur bila belek-belek tadi.

Apip kata, kalau beli ni, sampai kahwin tak boleh tukar henfon.
-_-'


btw,
banyak sangat berlaku isu terasa hati, terkecil hati.
kebanyakkan nya bukan berpunca dari gaduh,
tapi masing-masing pendam perasaan masing-masing.
salah faham pun timbul,
maka hati pun tersentuh.
kalau setiap pihak terangkan apa jadi,
luahkan apa yang terbuku dalam hati masing-masing,
tak ada isu yang timbul pon.
semua pon boleh selesai.
tapi EGO punya pasal.



lepas stalk fesbuk sendiri,
sesuatu yang aku baru perasan.
dari dulu lagi kau macam biskut.
haihhh.
-_-
makan biskut jelaa macam ni.
kenyang perut suka hati.
heeeee.



eiyra kata sehari dua ni aku jiwang.
ye eh? angau kah?
lalalala~



its been almost 3 years now.
but i still feel the same way about you.
:)



.......

06 November 2012

facebook dan kerja makmal.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



pagi tadi stalk facebook sendiri.
konon tak ada kerja laa padahal kerja berlambak kann.

sumpah MALU GILER.

MALU, SEGAN dan rasa BANGANG giler.
paham ke??!!

macam tak percaya itu adalah aku.

*sigh, sigh, sigh*

rasa macam nak hantuk kepala kat dinding, seret muka dekat jalan tar, terjun bangunan 110 tingkat, lepas tu terjun dalam laut.


haiiihhhhhhhhh.
tak ada perkataan yang sesuai menggambarkan perasaan itu.

membuatkan aku berfikir,
mungkin aku seharusnya mendelete akaun facebook aku.

or at least private kan semua post aku dari tahun 2009 sampai laa saat ini.

=.='

oh, dan ye. 
seminggu ini semua budak kelas aku stress dengan kerja yang berlambak.
aku rasa siapa yang ramai kawan dengan budak kelas aku, mesti rasa annoying gile dengan status-status stress daripada kawan-kawan aku. 
ahahaha.





dan aku sedaya upaya berusaha tak nak share pasal ke'stress'an aku dekat facebook.
cukup laa dekat blog aku membebel mcm mak nenek kann.
tapi hari tu Ain stress sangat-sangat sampai guna facebook aku untuk melepaskan geram dia.
jadi, maaf ye.
itu bukan aku.
heeeee.



bak kata budak lelaki kelas aku tadi dekat aku,
'belajar dentist ni memang tak boleh lari dari 4 benda. Tumpah, Patah, Rosak, dengan Duit'

sila bayang perasaan nya, materials yang di beli dengan duit sendiri tertumpah masa nak bancuh. lepas buat dengan penuh sopan santun selama 2-3 jam, benda tu patah atau retak seribu. maka buat laa balik dengan penuh linangan air mata. bila rasa macam dah ok, hantar dengan dokter, dokter reject suruh buat baru. maka guna duit lagi untuk beli materials lagi. paham ke makna ke'stress'an kitorang? 

kerja lab bertambah-tambah. lecture tak berkurang-kurang pon.
lumrah belajar.

so nasihat aku,
kalau tangan tak berseni, seni kan lah tangan tu dulu sebelum decide nak ambek dentistry.
kalau rasa tak boleh bekerja dengan really really tiny minute stuff,
jangan laa involve dalam dentistry.
beza 0.5mm pon memberi kesan yang sangat besar pada pesakit.
aku ulang,
0.5mm ye. millimeter. bukan centimeter.
so think twice or thrice or juta kali pon tak apa before decide untuk ambil dentistry.
like seriously.
ini bukan main-main.


ikhlas dari aku,
yang shellac special tray kene reject 3 kali,
the one and only person dalan group aku yang kene reject sprinkle on acrylic special tray.
nasib baik finger adaptation method acrylic tray aku dokter kata sangat cantik.
ohohohoho.




.......

04 November 2012

cultural day.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


just found out that i have a very low tolerance towards caffeine.
terutama dalam kopi laa sebab minum teh xde efek pon.
dan pagi tadi aku minum kopi pada pukul 10 pagi.
then masa petang aku gi mercato minum latte frappe LARGE.
dan sekarang aku letih gile gaban.
ingat nak tido kejap sebelum bangun untuk buat acrylic untuk hantar esok.
tapi thanks to those two cups of coffee full with caffeine, i can't sleep.
dan x larat pon nak bangun dan duduk untuk buat acrylic.
*sigh

papehal pon,
update selagi terasa kegembiraan nya.
semalam dan hari ni memang DAEBAKK!
PCT buat CULTURAL DAY.
dan aku in-charge bahagian pameran dekat dental booth tu.
budak dentist bertanggungjawab dalam sejarah dan pelancongan di Malaysia.
seronok sangat promote negara sendiri dekat orang arab.
bersemangat giler aku.
tapi penat tu tak payah cakap laaa.
hilang suara you tahu takk.
letih amat berlari-lari dari kelas ke booth, lepas tu ke kelas balik, lepas tu ke booth balik.
*pakai wedges pulak tu. memang padan muka laaa kann.*
tapi seronok mengatasi segala-gala nya. 
ecewwaaaahhh.

 budak-budak busuk balik kelas 5.30, terus gi dewan mu'tamarat. haha.

 seni silat.

 arab punya traditional dance. apetah nama. tak ingat.

you're my brother.
you're my sister.
one big family.
:)



 duta kecil negara ni. hikhik.




 oh, gambar ni nampak benar edit nya. 
berkat kecanggihan henfon.:P




dan lepas tu,
ke MERCATO untuk belanja semua ajk-ajk kecil ku.
terima kasih ye semua sudi tolong mana yang patut di sebalik setiap kesibukkan kita. 
ohhoooo. untung keje dengan Azyan kan?
:P






dan gambar untuk mama dan babah.
mama cakap, pakai baju ni bila ada event.

so, tadaaaaa. 


ma, semua orang puji baju ni.
tapi tak dak sape nak puji tuan baju ni. cesss.
hahaha.


ok, masa utk acrylic.
:)


.......