12 November 2012

CINTA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Alhamdulillah. semalam dapat juga pergi program Bicara Cinta oleh Sheikh Rohimuddin. (walaupun tersengguk-sengguk sebab ngantok gile. hee.) Beliau ni sangat laa hebat. asal dari Indonesia. dah 20 tahun menimba ilmu kat mesir ni. Ilmu dia sangat tinggi. pergh. memang kagum laaa. dah beberapa kali Sheikh ni datang Tanta. oh, beruntung nya.

banyak yang aku belajar atau ingatan semula daripada Sheikh. bertapa tinggi nya nilai CINTA tu.


Sheikh kata, CINTA itu bukan datang dengan mudah. bukan sekali pandang saje, terus dah jatuh cinta. itu nama nya cinta Syahwat. Cinta tu lahir selepas perkenalan, bila orang yang berlainan jantina itu semakin menepati ciri-ciri kehendak kita. Masing-masing ada irodah(keinginan) mereka tersendiri terhadap ciri-ciri pasangan mereka. jadi CINTA itu sebenarnya mengzahirkan keinginan hati, atau pilihan hati nya sendiri. dan CINTA itu tak mudah untuk datang. bukan sekelip mata dah CINTA. CINTA yang mudah datang akan mudah hilang dengan hilangnya syahwat itu.

Semua orang asal nya sangat CINTA akan diri mereka sendiri. kalau perasaan ini tak dibuang, maka kebahgiaan tak akan dapat dikecap. contoh macam seorang isteri yang beleter dekat suami-nya, 'Abang, saya kahwin dengan abang untuk bahagia, tapi hanya derita yang saya dapat.' Sudah jelas sang isteri cintakan diri sendiri nya dahulu baru cintakan suami nya. sebab dia mahu kesenangan, kemudahan, tak mahu sebarang kesusahan. maka kebahgiaan tidak akan dapat dikecap.




Kita kene CINTA pada Allah dulu baru laah kita mampu wujudkan perasaan CINTA pada manusia sebab Allah lah pemilik CINTA. macam mana nak CINTA makhluk Allah, kalau tak CINTA pada pencipta manusia itu. Bagaimana nak wujudkan CINTA pada Allah itu, perlulah melalui Rasul-Nya.

Tujuan nikah yang hakiki adalah untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. maka kamu kenelah solehkan diri kamu dahulu, cari dan pilih perempuan yang solehah untuk kamu. jangan mencari kalau masih belum bersedia hendak menikah. jangan rancang nak nikah lepas habis belajar, tapi tahun 1 lagi dah mencari. itu nama nya Syahwat Hayawanaat. cari hanya bila sudah bersedia dan memang benar-benar ingin serius.

Jika ingin mendapat CINTA, kita perlulah memberi. memberi dengan sepenuh hati. selagi kita meminta, itu bukan nama nya CINTA. CINTA itu apabila kita dapat menerima semua baik buruk pasangan kita. kalau kita mengharap pasangan kita berubah kepada itu, kepada ini, itu bukan CINTA. itu meminta untuk memuaskan hati menjadikan pasangan sama seperti ciri-ciri inginan nya, lalu menunjukkan betapa dia cintakan diri kita sendiri bukan pasangan nya itu.

Jodoh itu Allah sudah tetapkan dan sudah termaktub, Siapa orang itu, Bila masa berlakunya, Di mana terjadinya, dan Berapa nikah nya. semua tak usah khuatir. pasrah dan redha dengan pilihan Allah. letakkan sepenuh pergantungan pada Allah.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)



lepas tu, Sheikh ada cerita macam mana dia lamar isteri dia, 2 kali kene tolak. mana tak tolak. lamaran Sheikh bunyi nye lebih kurang macam ni,

'aku memang tak cinta engkau. jangan mengharap aku cinta sama engkau. tapi aku sedang mencari orang yang boleh cinta aku. sebab aku percaya jodoh itu pada tangan Tuhan. jadi kalau emang engkau bukan jodoh aku, tak apa laa. aku redha. aku akan mencari orang lain.'

tergelak-gelak satu dewan. Sheikh kata depan isteri dia je dia cakap macm tu. padahal dia dah cinta gile kat isteri dia. siang malam doa kat Allah bukak pintu hati isteri dia tu. kalau aku pon aku reject kot. haha. Sheikh kata dia nak menguji kepasrahan hati dia terhadap ketentuan Allah. kalau betul dia tu jodoh, tanpa perlu ucap cinta pon, mereka akan kahwin jugak. tapi Alhamdulillah kali ketiga, lamaran Sheikh diterima. :)

itu jelaa yang aku dapat daripada program 4 jam semalam tu. itu je yang aku ingat sebenarnya sebab aku bukan bawak buku nota nak salin pon. bajet kepala ni power sangat laa kan. asyik terlelap je. haha. sebab tu kene cepat2 tulis kat sini sebelum hilang. peringatan untuk aku dan semua. InsyaAllah.

balik tu membuatkan aku memandang perkataan CINTA tu lain daripada biasa. macam CINTA tu berharga sangat. now, masa untuk perbaiki diri. siapa pun jodoh aku, itu hak Allah yang tentukan. tapi aku perlu menjadi seorang yang solehah. sebab aku nak jadi ibu yang solehah supaya anak-anak aku soleh dan solehah. InsyaAllah. :)

 so pape pon, bermula dengan diri sendiri. i really really want to be a great mother. untuk menjadi ibu yang hebat, aku perlu menjadi anak yang hebat dulu. jadi sekarang kene belajar betul-betul, balas balik jasa mama n babah, baru laa fikirkan tentang diri sendiri pulak. baru laa boleh jadi isteri solehah pulak. ^^, 

btw, unit bait muslim ada bagi ucapan. dia kata pasal target unit bait muslim pada budak-budak Tanta. Untuk pelajar dentist, dyorang target, by the end of second year, semua dah berpunya. tak kisah laa sudah tunang atau hati nya sudah berpunya. uishhh. jeng jeng jeng. hahahahaha.



If its meant to be, it will be.
:) 




.....

7 comments:

Dr Am said...

By the end of secon year semua sudah berpunya..? Wah....seram...haha..
Btw, banyak input aku dapat dari cerita kau azyan.. Memang terbaik la! Thanks for sharing..

AzyanAaziz said...

kan? kan? budak agama, tahun 3. budak medik, tahun 4. tetibe dentist, second year. tergelak semua orang kat DPT tu. hahaha. seronok mizah. banyak lagi sebenarnya tapi aku x ingat. rugi x pergi. hehe. :D

Stalker Comel . hihi . said...

wahh best best . syeikh ni pun pernah datang tempat saya belajar tau haritu . hihi . eh awak dah berpunya ke belum ni ? jengg jengg jenggg

AzyanAaziz said...

eh, eh. saya mesti laa dah berpunya.kepunyaan Allah yang hakiki. skrg kepunyaan mak ayah saya. :P

Stalker Comel . hihi . said...

alaa . awak tiru jawapan sayaaaaaa :( mana aciii. jawapan lain jawapan lain :D hehe .

AzyanAaziz said...

eh, mane sy tahu jawapan awk mcm tu jugak. haha. sy kan tak kawin lagi, mesti laa belum berpunya. ape daaa. -_- haha.

Stalker Comel . hihi . said...

haha. oh okayy awak . ok tak tanya lagi . haha . :D