13 November 2012

mohon sangat-sangat doakan sahabat saya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


trauma trauma.
terbayang lagi insiden tu.
jelas lagi kat mata.
Allah. Allah.
Sembuhkan lah sahabatku, Ummu Nabilah Bt Suhardi.
Sembuhkan lah luka pada muka, kepala dan tangan nya, kurangkan lah kesakitan nya, kuat kan laa semangat nya. tabah kan hati nya. berat ujian yang kau timpakan pada nya, Ya Allah.
kuat kan hati-hati kami juga Ya Allah. kuat untuk berdepan dengan dia. 

 sibertaya. ini lah yang meletup.

alcohol yang di isi dalam sibertaya. sibertaya meletup, alcohol terpercik ke muka dan badan, api menyambar muka dan tangan dalam sekelip mata.


sungguh, aku tak sangka sibertaya(pelita) yang kitorang selalu guna boleh meletup macam tu.
dari tahun pre-dental lagi dah guna benda tu.
Ya Allah.
berlaku depan mata. aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. ahli group praktikal aku sendiri. duduk 3 kerusi je sebelah aku. kepala, badan ummu semua penuh api. menyala-nyala. tapi tak ada yang bergerak pon dari tempat masing-masing. semua terdiam dan tergamam. cuma Metot sorang je yang reflex action tolong padam api. dalam masa 10 saat, kejadian macam cepat sangat-sangat berlaku. menggigil badan sampai sekarang rasa. trauma.

Melawat dia dekat hospital tadi. sayu sangat hati tengok keadaan dia. first dengan second degree of burn. 
satu kelas hilang semangat. hilang punca. jawab kuiz ortho yang ada carry marks pon, tak ada siapa boleh fokus. semua kepala ada kat ummu.

jadi aku mohon sangat-sangat. tolong doakan dia. tolong sangat. tak sanggup aku nak tengok dia dalam keadaan macam tu. mana tahu, berkat doa orang ramai, dia boleh lagi cepat sembuh.


nak sangat sangat amat telefon mama sekarang. 
pakal je sekarang dah pukul 1 kat Malaysia. 
erghhh. 
trauma tak hilang selagi tak dapat cakap dengan mak dan ayah sendiri.
 :'(





......

4 comments:

syafiqah syahirah said...

yannn menggigil aku baca weh :(
semoga dia cepat sembuh.

SUMI ^_________^ said...

moga kawan cepat sembuh.
may Allah bless
-kawan atas kawan "fasihah"-

nabila azmi said...

semoga semuanya selamat...huhu..

Stalker Comel . hihi . said...

ya Allah :O kawan awak dah sihat ke belum sekarang ? semoga dia cepat sembuh . hati hati next time okay . take care :') hihi