18 May 2011

oh, zoology.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..






baru je sampai dari uni.
terus bukak laptop.
terus rase mcm nak nangis.


T_______T


tapi salah sendiri kan.
sape suruh tak hafal gila-gila.
pergi hafal setakat separuh gila je tak ada guna.


ok, zoology practical ade 3 section.
ni first time kot jawab practical zoology, sebab first sem dia gabung dengan second sem.
banyak sangat sungguh amat yang perlu dihafal dan dikenal pasti.
tadi ade dua bilik.
satu bilik, untuk physiology section.
satu lagi bilik untuk systematic dengan histology.

aku bermula dengan physiology.
23 orang masuk lab first tu.
masuk bilik memang da berdebar tahap gaban laa.
lepas tu duduk kat depan katak.
aku dapat katak BESAR!!
buncit gile.
sekali aku belek-belek, betina.
mati aku, selama ni bedah katak, aku mesti dapat jantan. 
time exam, dapat betina lak.
haih, cuak dah.

oh, katak. jasamu akan ku kenang. =)

lecturer pun tulis soalan kat depan.
Alhamdulillah, dapat Visceral Organ.
gila mengigil bedah katak tu.
sampai basah-basah aku punya lab coat termasuk dalam air.
cuak punya pasal.
katak tu pelik gila kot.
asyik-asyik berdarah.
wat cuak aku je.
sbb kalau terpotong abdominal vein dy, kene potong markah.
tapi aku tak potong pon, siap ikat dua kali lagi. still keluar darah gila banyak.
perut dah laa penuh gila.
lung lak tak kembung-kembung.
saje wat aku cuak.
tym potong cloaca pon sama,
darah tak berhenti-henti keluar.
aku dah fikir, memang mati laa aku.
=.="

pastu lecturer pon sampai,
dan bertanya aku soalan.
bla, bla, bla.
Alhamdulillah. dapat jawab.
ok, lega sudah.

habis tu, pergi lab second.
tym tukar lab tu, bertembung laa dgn group satu lagi.
muka sengih je semua.

masuk je, terus duduk atas kerusi.
ade 16 soalan.
setiap orang dapat kertas soalan.
specimen dgn slide ada atas meja.
setiap soalan dalam 3-5 minit je dia bagi masa jawab.
lepas tu, lecturer akan jerit 'change!',
kita pon kene laa tukar tempat ke specimen yang seterusnya sambil bawak kertas soalan tu.
first time aku exam macam ni.
dan ternyata sangat aku tak suka!!!!
sebab tak boleh fikir lama-lama.
lepas tu tak boleh nak skip soalan.
sebab bukan dapat patah balik pun kat soalan yang kita tak tahu.
pulak tu specimen dy lain dari time revision.
pergh, memang blur tahap gaban laaaa.
baru nak fikir sket,
dah jerit, 'CHANGE!!!'
memang menguji kesabaran laaa.

dan finally, aku pon habis exam first.
dan aku sangat sedih.
sebab aku rasa aku tak jawab dengan betul tadi.
sangat tak confident.
sangat sedih.
='(


kalau tensen-tensen macam ni, dapat coklat bigbang ni kan best. HAHAHA.


next week final practical chemistry dengan general histology lak.

sila doakan aku banyak-banyak kali.

aku nak balik Malaysia dengan aman.

huaaaaarrrrrghhhhh.


.........


3 comments:

HUMAIRA' said...

good luck :) kirim salam kat hafizah na ^^

izzah said...

nak tanya..yang bedah2 tu kena buat alone ke or by group?? :)..

AzyanAaziz said...

bedah katak sorang-sorang. setiap orang akan dapat satu ekor katak.