31 May 2011

Al-Fatihah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



pukul 6.30 maghrib tadi,
tetibe tergerak nak tengok henfon,

mama miskol dgn mama msg tanye ade kelas ke?
dlm pukul 5 lebih. maknanye pukul 11 kat mesia.
since when lak mak aku ni tido lambat?

so, msg direply.
'mama, sori. x perasan msg. kenape?'

alih-alih mama terus tepon,
aik. ni dah lagi pelik.
dah pukul 12.40 tgh malam kat mesia.

panggilan diangkat,
dengar bunyi bising-bisig kat belakang.
mama tanye ade kelas ke, tengah buat ape sume tu.
pelik kot mama tepon nak tanye benda tu je.

then, ayat mama,
'lepas mama cakap ni, kak lang jangan efek ape-ape tau. janji dgn mama, kak lang akan exam macam biasa. jawab exam betul-betul. jangan sedih-sedih'

erk. kenapa ni?

'kak lang, atok dah tak ade dah kak lang. atok dah pergi.'

ok, ayat seterusnya aku dah x mampu nak taip.


raye 2010


Atok tak ada pon sakit-sakit kronik.
Atok sihat je.
tapi Allah lagi sayang Atok.

dari Dia kita datang, dan kepada Dia lah jua kita kembali.


“Ya Allah! Ampunilah datukku, ang-katlah derajatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk, berilah peng-gantinya bagi orang-orang yang diting-galkan sesudahnya. Dan ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan, seru seka-lian alam. Lebarkan kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya. Tempatkanlah dia bersama-sama para soleh dan solehhin.”



setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati



Ya Allah, tabahkanlah dan kuatkanlah hati kami sekeluarga menerima berita ini,
redha kanlah hati-hati kami untuk menerima Qada' dan QadarMu. Tenangkanlah hatiku dan kakak ku yang berada di perantauan untuk terus menjawab peperiksaan kami dengan jayanya, Ya Allah.

amiiiin.  

siyes, tak tahu boleh jawab ke tak anatomy ni.
nak balik malaysia.
T____T


.....


2 comments:

Akif said...

azyan. takziah. byk2 sabar ye.

kennyfm said...

Azyan..Syafiq tumpang simpati dan sedih..Azyan kuat...gudluck exam..doakn atok Azyan byk2..ingat yg dah pergi...kenang yg dah kembali..yg masih ada kita hargai ye Azyan..takziah..T____T