05 May 2011

saya pelajar DENTIST! =D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




hari ni aku belajar something yang sangat best.

AMALGAM

ok, ape tu? tampal gigi laa. bukan yang warna putih tu. ini yang warna kelabu tu. baru belajar yang kelabu tu. contoh gambar dia.









haaaaaaa, ramai je kot ada kan. normal laa. kalau yang warna putih tu, nama dia COMPOSITE RESIN. yang tu, next year baru aku belajar. amalgam ni sangat efektif. sebab tu ramai guna. tapi sekrang org mesti nak composite sebab nak ada nilai estetika. tp siyes menarik giler. baru laa terasa macam aku ni bakal dentist berjaya. hahaha.

btw, aku memang tak pernah kene tampal gigi. jadi aku tak ada pengalaman laa kan. tapi bila belajar tadi, aku rasa macam sakit je. kepada korang yang pernah tampal gigi tu, sakit x?



yelaa. sebab mula-mula kene bersihkan gigi tu. bersih gile2. pastu kene pastikan kering. totally kering. then kene buat cavity. pastu buat mixture tu. pastu letak varnish. pastu tekan-tekan mixture dalam cavity tu. tekan berulang-ulang kali, layer by layer. pastu carve dia, pastu burnish dia, pastu kene tunggu 24 jam. wooaaahhh. 

aku nak buat ulang kaji sket kat blog ni. ape tu amalgam? amalgam tu tooth restoration mainly made of mercury. amalgam ni terbahagi pada dua, low copper content amalgam dengan high copper content amalgam. kalau low copper, 

gamma phase + Hg ----> gamma + gamma 1 + gamma 2

gamma 2 ni tak elok sebab dia senang menyebabkan karat. so dengan pembaharuan dari semasa ke semasa,
jadi orang dah guna high copper amalgam.

gamma phase/Cu + Hg -----> gamma 1 + epsilon + eta. 

jadi da tak wujud gamma 2. selamat untuk digunakan oleh pesakit.

erk, aiseh, tetibe macam banyak pulak aku nak cakap. and mesti orang yang baca bukan paham pun kan. amalgometer, capsule, residual, burnisher, bla3. jadi tak yah laa. sampai sini jelaa. haha.

tapi yang paling seronok, minggu depan kitorang kene tampal gigi sendiri. maksud aku, practical nya. tapi dekat lab jelaa. tapi kene buat sendiri. wooaaaaahhhh. aku teruja~~ HAHAHA. tadi tengok Dr. Nansi buat, macam best n senang je. insyaAllah, aku boleh. so nanti aku balik malaysia lagi 3 bulan, aku da boleh tampal gigi orang. ngeh3. 

esok ada program genggam mumtaz. dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang. walaweyh. habes cuti aku. dah laa memang cuti sehari je. time cuti tu laa nak ada program bagai. haih. tak pe. cuba ikhlaskan hati tu. 

btw, aku rasa gigi aku terlebih tumbuh laa. maksud aku, panjang gile compare dengan gigi kawan-kawan aku yang lain. ni kes lepas belajar dental marphology laa ni. siyes eh gigi aku panjang? wooaaaah. kalau gigi tumbuh panjang dari septutnya, nanti cepat tanggal. aku x mau rongak cepat tua-tua nanti. T__T




................

4 comments:

Ainin Sofiya said...

sy ade 5 gigi posterior yg ditampal guna amalgam...woahhh, teruknya dulu byk sngt makan gula2...T_T

AzyanAaziz said...

yeke? haha. relax laa. normal laa budak kecik. hehe.

izzah said...

kak kenapa nampak macam susah je dari medic???(cuak+takut)

SaFiy iSkandAr said...

Dentist lagi susah dari medic? saya tak amek medic, tapi dentist memang menguji kesabaran..kalau dah minat, apa pun boleh