Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
ok, kali ni aku x tau la akan bagi manfaat kat orang ke x. tapi aku mmg sangat2 tidak mempunyai mood untuk menyelak buku histo dan dental marpho. rase mcm nk membebel je. n mood mcm swing semacam. nak tahu kenape?
first, sbb baru lepas tepon mama. pergh. da ckp. mama simpati kot ngan life aku sekarang. HAHA. yela2. kak lang x jalan sorang2 la kat sini. jalan berteman. JANJI!
second, sebab smlm gi amek kak ulya aka akak ain kat mahattah. kak ulya ni la yang sangat baek hati nk tolong bawakkan lappy aku pulang ke tanah air. hmmmm. seeing ain n kak ulya, ntah la. missing both of my sis like damn crazy kot. tgk dyorg berdua bergossip, ketawa-ketawa. ohmai. rindunye kat along n angah.
third, sebab 4 kawan sekelas ku bakal pulang ke tanah air winterbreak ni. xde la rase ape sgt mungkin sbb da set kat pale mmg akan balik bulan 7 nnt. tapi kan. ntah. tgk dyorg kelam kabut settle kan psl visa, tiket sume tu. adeyh. terase mcm nk sumbat kan diri dlm beg dyorg je.
so, ape nak buat? aku nk membebel banyak2. x mintak pun kau, anda, awak, kamu semua untuk membaca.
******************************************************************************
ape yang ade pada CINTA ek?
teringat lak lagu retro dulu, C.I.N.T.A K.I.T.A. okay, aku mmg salu je dengar sinarfm. sinarfm itu menenangkan ye. dari lagu2 zmn sekarang yang macam terpekik terlolong tu. sangat kasar, dan keras, dan menyakitkan telinga aku. hehehe. so, ape ade pade cinta?
yela. in about a month, i will turn to be 19. belas terakhir. bak kate orang la kan. fitrah manusia untuk dicinta and mencinta. ok, saya geli. tengok kawan2 aku yang kapel. ntah. kepuasan ape ye yang korg dapat?
aku bukan nak ckp psl hadith, dalil semua tu. aku nk ckp psl pandangan peribadi aku je. xde kaitan dan merujuk dengan yang hidup atau yang mati.
hmm, tinggi sangat ke nilai CINTA tu sampai sanggup korban macam-macam r?
tinggi sangat ke nilai CINTA tu sampai ada orang yang mati bunuh diri sebab CINTA
tinggi sangat ke darjat CINTA sampai ada orang sanggup hilang maruah demi dapatkan CINTA
CINTA yang aku maksodkan kat sini, CINTA pada seorang individu yang berlainan jantina yang membolehkan seorang itu halal untuk berkahwin. bukan maksod cinta sang pencipta, cinta pada Rasullah, cinta pada mak ayah tu. yang tu, aku rase InsyaAllah semua orang dah pasti dengan hal tu.
aku x tau la kan. mungkin sehingga saat aku menulis post ni, aku belom rase aku pernah MENCINTAI seorang lelaki yang bukan mahram. jadi aku x dapat mendalami perasaan manusia2 yang sedang bercinta tu.
SAYANG. SAYANG SANGAT. yup. aku sayang sangat2 ramai orang. n aku selalu je cakap aku sayang sorang tu. pada aku sayang tu x bermakna CINTA la kan. tapi CINTA yang salu kawan2 aku sendiri ckp, yang tu aku x dapat tafsirkan. tapi, ramai pulak kawan2 aku yang suka tanya aku pasal masalah cinta dyorg padahal dyorg sendiri tau yang aku ni x pernah bercinta. pelik kan? hahaha.
ade jugak kes yang aku kagum ble tengok dyorg bercinta. aku x tau la salah ke x kagum pada benda2 macam tu, tapi da kagum. nk wat mcm mane. aku kagum ble tgk kawan2 aku y berubah hampir 360 darjah lepas kapel. bukan berubah ke arah y teruk. tapi kearah yang sangat sangat baek. yela, mungkin teguran dari orang yang dicinta jadi inspirasi untuk berubah. tapi bahaya gak tu, takut diniatkan perubahan tu untuk pasangan dy. bukan sebab Allah. tu aku x ley komen la. hanya Allah je yang tahu ape dlm hati seorang manusia kan. tapi dari segi fizikal, luaran, kagum nye. boleh berubah macam tu. sejuk nye aty~
adek beradek aku 5-5 perempuan. mmg salunye cite laki la yang menghuni rumah tu. HAHA. kami perempuan-perempuan normal. hidup dikelilingi perempuan. our hero is Abah. abah jela lelaki yang sentiasa ada dlm hati kitorg. along, laen la. da tunang. HAHAHA. even macam tu, jgn ckp kitorg naif bab lelaki ye, sebab x tau la genetik mana datang, kitorg semua lebih senang rapat n bergaul dengan guys compare ngan girls. mungkin tu satu kelebihan, mungkin jugak satu kelemahan.
aku insan yang normal. ade perasaan ingin tahu yang tinggi. lebih-lebih lagi di alam usia remaja yang sedang aku alami sekarang. erk. apsal mcm ayat karangan SPM lak ni. hahaha. jadi, tipu dan bohong la kalau aku cakap x pernah terdetik pun perasaan ingin tahu yang membuak-buak untuk tahu ape sebenarnye rase bercinta n berkapel ni.
kat sini aku xde pun nk timbulkan isu halal dan haram tu. yang tu, ade orang yang lebih layak nk ckp. aku x arif bab ni. dan sehingga kini, aku sendiri xde prinsip tuk pegang sama ade kapel tu haram ke halal. aku xde masalah pun nk dengar kawan2 aku cerita pasal awek dyorg, balak dyorg. aku sedia je mendngar. pastu, kawan2 aku suka tanya, bila aku lak? hmmm.
ni jawapan dari hati aku saat ni, ketika ini.
buat masa ni, aku x harap pun untuk mencintai seorang lelaki dan dicintai oleh seorang lelaki. saat ni, aku rase aku da cukup semua. aku x rase kekurangan kasih sayang pun. hati aku ni da penuh ngan sayang dan cinta mama, abah, along, angah, kak chik, adek, atok, mak semah, mak serai, kawan2 aku. cukup da untuk aku. aku x rase kesepian pun. aku x rase satu keperluan pun untuk bercinta ni. yang aku perasaan, untuk mereka2 yang seusia dengan aku ni, bercinta tu macam satu kehendak. nak kate boleh mati tanpa cinta pun x jugak. sebab ajal maut ni di tangan Tuhan, nak kate da teringin mau anak pun, belajar x habes lagi. so bukan satu keperluan kan bercinta. cuma satu kehendak hati dan nafsu je. kalau x nak pun, x pe kan.
laen la jika umur da cukup, 23 mungkin,pas dpt degree. kehidupan da stabil, perlu ke fasa seterusnye, pada mase tu, aku rase kita semua da cukup matang untuk berfikir. jadi satu hubungan tu ada matlamat yang jelas. nak KAHWIN. bukan nak maen2 semata-mate, xde arah tujuan, membazir masa, membazir duit, membazir air mata, membazir emosi, membazir segala-galanya.
tu pandangan aku la. tapi manusia ni cepat je kan berubah. kang x sampai 5 minit, aku pulak yang kapel. eheee. mintak dijauhkan.
ustaz nazrul pernah ckp,
'kalau da sayang sangat, cinta sangat, x kan x boleh simpan dulu n jaga dulu perasaan tu. bukan lame pun. dalam 5 tahun je lagi. senang macam ni, kamu berdua saling berjanji setia. lepas tu x payah jumpa, x payah tepon2, x payah msg, x payah ada pape. tapi kamu tahu dy setia. dan dia tahu kamu setia. pas 5 tahun, jumpa balik, terus kawen. tu la cara bercinta paling bagus dan fleksible la.'
ye, bukan senang nak buat macam tu dlm zaman sekarang kan. tapi xde ape yang mustahil kan.
ok. tu pandangan aku semata-mata tanpa mengira pihak laen.
haaaa, before aku bla, baca la ni,
sila la klik. iye. tu kisah benar. HAHAHAHA. ;)
....