11 January 2011

setan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




apabila seorang mukmin itu berhajat melakukan ibadah, syaitan akan menghasut manusia dengan 4 langkah.

syaitan menghasut manusia untuk MENINGGALKAN ibadah.

jika manusia tersebut tetap mahu melakukan ibadah tersebut,

syaitan akan menghasut manusia untuk MENANGGUHKAN ibadah tersebut.

jika manusia itu masih tetap melakukan ibadah tersebut,

syaitan akan menghasut manusia agar timbulnye rasa RIAK dlm hati manusia itu ketika melakukan ibadah tersebut,.

jika manusia itu masih mampu menolak hasutan syaitan itu,

syaitan akan menghasut agar timbulnya UJUB dalam diri manusia terbabit.


semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang MELAKUKAN, MENYEGERAKAN, TAWADHUK, dan RENDAH DIRI dalam melakukan apa juga ibadah.

ameeen.

....

0 comments: