30 April 2011

lelaki dan perempuan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



waaaaaaaaaaaaaaahhhhh. lame la pulak rase nye x update blog. ok, maksud aku update panjang berjela. x sempat kot. eceh, x sempat laa sangat. 

hari ni aku nk update pasal ape aku belajar. mmg laa macam boring. tapi siyes menarik. aku terasa menarik laaa. btw, ade seorang hamba Allah suruh aku tulis pasal ape aku belajar. so ini salah satunye laa.

ok, berbalik pada tajuk. lelaki dan perempuan. seperti yang semua sedia maklum, lelaki ngan perempuan, memang komfem laa berbeza kan. sebab tu Allah jadikan manusia ni berpasangan. untuk saling melengkapi antara satu sama lain.


tadi belajar ANATOMY. belajar pasal nervous system. belajar pasal brain, cerebellum, spinal cord and kejadah sume tu. time nak habis masa tu, lecturer tanye,



what is the major difference in the brain of a male and a female?


mula lah semua merapu2 jawab. laki punye otak besar laa, pompoan punye otak besar depan laa sbb frontal lobe kawal emosi laa, ape ntah lagi. hahaha. pastu lecturer cakap laa, sekarang tak mau bincang pasal perbezaan anatomy dy. tapi bincang secara functional nye. 

satu kelas diam. tak tahu nak cakap apa.




doktor pun bagitaw laa. lelaki ni, otak dia macam kotak. ada beribu-ribu kotak dalam otak lelaki. kotak-kotak ni tak pernah bergabung. 

kotak untuk diri sendiri
kotak untuk kereta
kotak untuk study
kotak untuk isteri
kotak untuk anak
kotak untuk kerja
kotak untuk tidur
kotak untuk tengok tv
kotak untuk menyanyi


dan beribu-ribu kotak lagi lah. sekali lelaki bukak satu kotak, dan masuk dalam kotak tu, dia akan kunci kotak tu. fikiran dia akan fokus pada apa yang dalam kotak tu aje. tak akan fikir pasal benda lain. contoh, kalau masuk dalam kotak tengok tv, minda dia akan fokus pada tv je. kalau orang sebelah cakap, dia tak boleh concentrate pon. dengan kata lain, dia akan buat bodoh je dengan keadaan sekeliling. haha. that really explains abah's habit. hahaha. abah kalau menghadap paper, memang tak akan layan sape-sape pon kat sekeliling dy. hahahahaha. 

so, sebab tulah boleh dengar kes yang perempuan rasa terpinggir kalau balak dia jumpa kawan-kawan dy. yelaa. dy da keluar dari kotak awek, masuk kotak member. so memang laa dia tak akan layan awek dia. hahahahaha. lelaki memang susah nak fokus dua kerja dalam satu masa.



dalam pada itu...................





berbeza pulak dengan perempuan. otak dia macam network. wayar yang berselirat. semua bergabung sesama sendiri. family gabung dengan study gabung dengan kengkawan cantum dengan balak cantum dengan make up gabung dengan shopping dengan semua laa. tadi Dr. Adam tu cakap, macam internet. semua benda nak fikir serentak. sebab tu cara berfikir perempuan ni COMPLICATED. hahaha.


dan sebab ni lah, perempuan boleh buat macam-macam kerja serentak. senang kate, nak buat semua dalam satu masa. boleh berjalan, sambil dengar lagu, sambil baca novel sambil berbual dengan kawan kat sebelah. pergh, mmg mantap. hahahaha. 



time ni, memang satu kelas da gelak gile-gile lah. sebab betul kot apa yang dia cakap. tapi dia sambung lagi huraian dia......



ada satu kotak yang paling disukai oleh lelaki.
semua lelaki suka betul masuk kotak ni.
tak kira masa dengan tempat, asyik kotak ni jugak yang dia pilih.

kotak ape?

kotak tak ada pape
BOX OF NOTHING (BON)


kotak ni tak ada pape.
kosong.
senang kate,
lelaki suka betul buat bodoh.
HAHAHAHAHAHA.

pernah tak nampak lelaki yang tiba-tiba je tekan-tekan kalkulator tanpa sebab?
lelaki ketuk-ketuk meja tak pasal-pasal?
lelaki tukar-tukar channel tv berturut-turut?
tak pon, duduk diam-diam tetibe?

tu petanda lelaki tu da masuk box of nothing laa tu. motor neuron dia tak berfungsi da tu. yang gerak-gerak kan tangan dia tu, sensory neuron dia. fikiran dia, kosong je time tu. hahaha.

Dr. Adam cakap, sebab tulah, kat mana-mana pon kita boleh nampak lelaki ni duduk diam tak buat apa-apa. bila tanya, 

what are you thinking?

dan jawapan nya,




NOTHING~~~



dan biasa nya, perempuan akan tension sangat bila lelaki jawab macam ni. sebab perempuan ni terlalu complicated sampai tak boleh terima keadaan nothing tu. mesti nak ada sebab. tak pernah ada istilah 'tak ada pape' dalam life seorang perempuan. hahaha. 

kajian kat US mendapati, lelaki ni sangat hebat sebab memang boleh tak fikir ape-ape langsung tapi masih mampu bernafas. memang KOSONG dalam fikiran diorang. dasyat kot. hahaha.

Dr. Adam cakap lagi, kalau lah para isteri kat dunia ni tahu pasal kehadiran kotak-kotak ni, komfem kadar penceraian kat dunia ni akan menurun secara mendadak. sebab mengikut kajian, penceraian kat dunia ni major nye sebab salah faham antara suami isteri. yelaaa. bayang jelaa. kalau si suami tu masuk box of nothing tu, si isteri bebel-bebel kat sebelah, si suami tu bukan fokus pun. last-last si isteri tu rasa si suami tak bagi perhatian kat dia. pastu gaduh. pastu cerai. haru kan macam tu. hahahaha.


so pada aku, memang sangat menarik lah apa aku belajar hari ni. yela. sebab aku tak ada adik beradik lelaki kot. jadi bila tahu sifat lelaki, rasa belajar benda baru. hehe. balik-balik kelas je, memang penuh laa noti fesbuk aku, budak-budak kelas aku cerita pasal box of nothing tu. hehe. paling tak boleh blah, status hajar - belajar menjaga keharmonian rumah tangga. HAHAHAHAHA. then. hanis jumpa kat youtube ade orang -yang terangkan pasal hal ni. hampir sebijik dengan apa Dr. Adam cerite dalam kelas. lawak gile kot. tergelak-gelak aku tengok. hahahaha.




kepada pasangan suami isteri, sila lah bertolak ansur. =)

exam practical, sebulan saje lagi. final exam written n oral, minggu kedua bulan 6. habis exam hujung bulan 7. huhu. aku tengah survey tiket balik malaysia. hmm. tarikh mane ye best? 29/7? 30/7? 31/7?

haih. 1/8 puasa. wuaaarrrghh. tulah hari tu da balik. kan da kene pendekkan cuti. sob, sob, sob. sangat jeles dengan budak cairo uni. ='(

ok. cukup. tido time.


......



6 comments:

kennyfm said...

haaa...realiti soerang lelaki...sangat menarik..belajar la lagi ye..hehe

luqman said...

hohoi...nice info..
patut la,ak ade BON rupenye..:)

AzyanAaziz said...

semua lelaki ade BON tu laa luqman. ko tak terkecuali. haha.

Anonymous said...

seyes menarik post ni :) thns 4 sharing

fye said...

box of nothing!

Haha patutlah aku suka ketuk tingkap :D

luqman said...

haha..aku x menafikannya..