09 April 2011

nilai sebuah tudung.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

tadi before maghrib,
tetiba ain jerit-jerit.

korang, korang. jom solat. sambil sengih sengih masuk bilik aku dengan eiyra.

mata yang tengah menghadap lappy pun terus diangkat.



WOOOOAAAAAAAHHHH!!!!




ain datang dengan pakai jubah dengan tudung labuh.
tudung labuh macam kisas tu.

weyh, mana kau dapat tudung tu??

ainin punya. nadia pinjam. comel x aku? comel kan? kan? hehehe.




pergh, tengok ain pakai, 
ntah.
mata macam nak bergenang.
last aku pakai tudung macam tu,
aku rasa masa ambik result SPM kot.
itu pun masa dalam kereta pakai tudung bawal lagi.
bila nak dekat sampai sekolah, baru salin tudung labuh.





tudung macam tu, tinggi sangat nilai dia.
satu masa dulu, tudung macam tulaa yang melekat 24jam dengan aku.
pergi sekolah.
pergi prep.
pergi outing.
masuk dewan makan.
hatta pergi tandas dalam aspuri pun kene pakai tudung macam tu.
kalau balik Johor,
ramai-ramai pakai dalam bas.
sampai jejak kaki kat rumah barulah tanggalkan tudung tu.





tapi,
dulu tak rasa nilai tudung tu.
rasa macam terpaksa je pakai.
rimas, panas, selekeh.

masa awal form 5 kene tegur dengan BADAR sebab tudung tak cukup labuh,
2 kali kene tegur.
Jumaat tu jugak pergi cari kain dekat Bandar Klang tu.
pastu buat tudung yang gila labuh.
pastu bila lalu sebelah BADAR,
saje dok tayang sambil dalam hati cakap,
'hey, aku da labuhkan tudung laa. puas hati??!!'
gila tak ikhlaslah labuhkan tudung dulu.
hahaha. tak matang langsung.

lepas kes kantin dulu tu,
terasa laa insaf.
time tu rasanya tetiba je semua orang dekat aspuri tu jadi baik.
masa tu pon, ntah laa.
aku labuhkan semua tudung aku.
yang tak labuh, da tak pakai.
tapi tetap.
dekat sekolah je buat macam tu,
kat rumah macam haram.

sekarang bila tengok orang pakai tudung labuh macam tu,
suka sangat.
macam berseri sangat.
cuba tengok muka orang yang pakai tudung bawal dengan tudung labuh.
beza gila kot.
macam terpancar nur kat muka dyorg.
bukan nak cakap pakai tudung bawal tak baik.
ramai je kawan aku yang super duper baik even pakai tudung biasa je.
tapi impression nye berbeza tengok orang bertudung labuh ni.
sedap sangat mata memandang.

nilai sebuah tudung tu, berbeza rupanya.
kalau dulu fikir,
asal pakai tudung sudah lah.
sekarang ni, nampak beza nya darjat tudung labuh dengan tudung biasa tu.
haih, bila laa aku nak macam tu?

sebelum macam tu,
kenelah ubah perangai dulu.
perangai macam haram, tapi pakai tudung macam tu,
memberi pandangan yang buruk pada orang lain.
hati tu kene kuat.
iman tu kene mantap.

lepas tu, kenelah istiqamah.
kalau pakai seminggu pastu tanggal,
baik tak payah.

hari tu jalan-jalan kat blog orang lain,
sampai laa dekat blog Dr. Cinta ni.
sila laa baca post dia ni.


pergh, gila terasa kot.
dia ada tanya,
jujurnya, tak rindu kah pada tudung labuh?
dan jujurnya aku nak jawab.

ya, saya sangat rindu.





bila azyan yang bawah ni nak jadi azyan yang atas tu?? haih~



lagi 9 jam midterm terakhir aku.

ANATOMY.

semoga Allah permudahkan.

:)


....

8 comments:

syafiqah syahirah said...

yann..
aku nak nangis weh bace post ni
serius,rindu!

AzyanAaziz said...

tau xpe. rindu sangat kot. huhu. :'(

luqman said...

nice looking at the kisasian..huhu..
btw,it takes time.rome wasnt build in a day.ahakz.=)

dentist-to-be said...

ayan..
dulu pon aku pike mcm tu..
kene tuka prangai dulu baru pakai tudung labuh.. tapi ade orang ckp kat aku..

'ALLAH xkate pon tudung labuh tu khas untuk mereke yg baik sahaja '

hee..

AzyanAaziz said...

luqman- hmm. tu dulu laaa ye. skang ni, haih. ntah laaa. :'(

metot-erk, sentap habes kot ayat tu! haha. tunggulaah. law aku pakai, aku nak istiqamah. uhuuuu.

saya ilyany said...

kalau dah pakai tudung labuh, automatikly prangai kita pun dapat berubah. mcam dulu, bila pakai tudung labuh, kat surau klang central pun rase nak semayang berjemaah :)

AzyanAaziz said...

syaza!!! rindu kat ko. huhu. tu tau, tp tu bila ada biah. ramai2 pakai. skang ni, bukan satu mesir ni pakai tudung labuh gitu. haih.

Fakirmarhaendaif said...

:) ada keinginan itu bagus...
rasa mahu berubah itu sgt bgus...
lagi bagus bila kita berusaha utk dapatkannya, bukan shj menanti ia hadir buat kita.

kadang2 pakaian mendidik kita,
jgn tggu jd baik utk berubah dik:)
saat ini Allah sedang memandang adik dengan hidayahnya.
Siapa tahu, satu saat nanti hidayah itu akan pergi tanpa sempat adik 'grab' hidayah tersebut:)

memenuhi syariatnya pasti yang terindah kan?^_^

Moga diri kita semua terus kuat dan bermujahadah dalam jalan keredhaanNYA:)