03 March 2011

hati oh hati. :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

sejak akhir ni, kawan2 aku ramai yang hadapi masalah berkaitan hati,
x tau nak buat keputusan yang betul,
x tau jalan mane yang patut ambek.

macam2 laaa.
nasib baik aku xde masalah mcm tu kan.
buat ape pk pasal hati n prasaan kan.
kite kan muda lagi~~
hahahaha. 
:P

then, tetibe jalan kat FB,
jumpa benda alah ni,
ada yang kate, Dr Fadilah Kamsah yang tulis,
tapi x tau laa kesahihan nye.
xpe laa. ambik isi nye, x kisah sape penulis nya kan.



BUAT PEDOMAN BERSAMA.  

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


aku,
inginkan dirimu,
datang dan temui aku,
kan ku, katakan padamu,
aku sangat menyintai dirimu.


hahahaha. bace ni, terus teringat lagu dadali. :)


.....


7 comments:

Fara 'Azura said...

xtw la npe rse sedih ble bce post ko ni, yan :)

AzyanAaziz said...

uih. jgn laa sdeyh2. kite kan kene hepi selalu. :)

Akif said...

ehem2. *sruck to the heart*
ko mmg hampeh, yan

Fara 'Azura said...

sentap kot. hahaha

AzyanAaziz said...

da sudah. apsal korg sgt tersentap bace ni. wooaaaah. sori2. uhuu. T_T aku x bermaksod pon.

Akif said...

haha. tade hal la, yan. thx jgk post ni. :)

Anonymous said...

salam ziarah... tompang lalu.. post yg menarik... sgt berkesan..