23 March 2011

masalah hati betul!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

hmm. dari semalam mood aku x betul. x tahu kenape. semua macam serba tak kena. tapi x tau kenapa. ok laa. mungkin sbb minggu serabut. tapi biasa nya x macam ni. kali ni terasa kepala berat sangat. rasa nak marah someone. rase nk tengking, jerit, marah kat sapa-sapa. tapi at the same time, aku rase nak nangis. macam nak meraung, melalak sume.

hasil nya, semalam pukul 6.30 lagi aku da tidur. subuh baru bangun. 10 jam tidur! membuang masa betul. padahal boleh je buat something yang berfaedah kan? bukan ape, kalau x tidur, mula lah pasang cerita korea ke, taiwan ke, jepun ke, ape ape laa yang akan buat aku x layan perasaan aku ni. sama je membazir masa kan? haih.

post kali ni macam merapu. so boleh laa korang stop baca sampai sini ye.

AWAK da kurus sekarang. hari hari kene peluk. :)




































kan da cakap, x yah baca laaaa. haih.

siapa yang kawan ngan aku mesti tahu yang aku ni banyak cakap. baaaaaanyaaaaaaaaaaakkkk sangat cakap. kata laen nye macam membebel laa kan. aku suke selesaikan masalah orang. suke tolong org pikir kan cara nk selesaikan masalah nye. dengan itu, aku x yah fikir masalah aku. aku tau, aku ni manusia yang x suke berdepan dengan masalah. aku akan lantak laa, biar laa, peduli laaa, suke ati laaa, ntah. mcm tu laa reaksi aku law mula nk ckp psl masalah aku. lagi lagi kalau masalah hati n perasaan ni. malas tau x nak serabut serabut. mcm x de function je. x membawa sebarang faedah pun.

tapi walau mcm tu aku cakap kat mulut, aku tau kat hati aku x macam tu. sebab tu aku x boleh nak rapat balik ngan orang yang sekali sakitkan hati aku. sekali pun cukup da. orang tu mmg akan terkeluar dari list kawan aku. secara pandangan kasar nye, aku tetap akan layan orang tu macam kawan aku, tapi hati aku akan mula laa cakap benda yang x sepatutnya. semua yang manusia tu buat, semua akan nampak salah kat mata aku. padahal xde kaitan da ngan aku pun. ada je yang x kena. ada je yang x betul. walau aku x cakap kat mulut, tapi hati aku mmg mule laaa nk sakit hati n bagai. penyakit hati kan?

ni laa sebab nye aku menyampah sangat law ade orang sakitkan hati aku. yang aku lagi geram ngan diri aku, aku x mampu nak bagitau kat manusia tu aku sakit hati ngan mereka. so sampai bila bila pun manusia tu x tau yang aku sedang sakit hati ngan dy. tambah lak, ingatan aku ni kuat semacam. sekali manusia tu sakit kan hati aku, aku akan ingat sampai bila bila. sampai laa aku luah kan siapa siapa. baru laa aku boleh lupa salah orang tu. tapi kalau da mula luah kat siapa siapa tu, kompem laa jadi mengumpat kan? lagi lagi perempuan kan. mule laa tambah sana sini. dari org tu salah sekali je ngan aku, aku jadi berjuta juta kali salah kat dia pulak. x memasal. tapi dari luaran, aku layan dia mcm xde ape ape jadi. aku boleh gelak ketawa je ngan manusia tu. bual mcm biasa. bincang macam macam. tapi hati aku, haih. rase mcm nk sumpah seranah je. hipokrit ke? 

bila lama lama pendam, mula laa terzahir kat muka. ekspresi muka xdapat disembunyikan lagi. kat depan manusia tu, muke terus berubah. nak pandang slack je. ni secara langsung akan menjejaskan hubungan persahabatan kan? x mau. walau mcm mane pun, aku sayang kawan kawan aku. baik aku sorang je yang sakit hati. x mau dy sakit hati jugak tapi bukan senang nak kawal reaksi muke bila hati ni sememang nya sakit hati. hailooo.

satu je cara tok elakkan benda ni. aku kene jauhkan diri aku dari manusia terbabit. baru laa hati aku x merapu meraban lagi. xde laa aku nak fikir yang bukan bukan lagi. xde laa lagi aku nak su'uzhon ngan manusia tu. xde la lagi aku akan terbuat ekspresi muka yang x sepatut nye. xde laa lagi aku nk fikir pasal dy.

tapi bukan senang nak jauh kan diri dari someone yang sememangnya kawan kita kan? x kan tetiba nak jarakkan diri dari manusia tu kan? nampak sangat x kena. nmpk sangat ade x kena. susah haih.

ok, nmpk sangat kan memang aku tengah sakit hati ngan someone kan. hmm. bukan someone. tapi sometwo. hehe. sebab dua orang. 

tolong laa azyan. jangan jadi macam budak kecik lagi. umur da 19 da. x kan nak gaduh gaduh lagi. x nak kawan la pe suma. matang laa sket. kalau sakit hati sikit sikit tu, x payah laa fikir kan sangat. x yah laa ingat. kenapa senang sangat ingat salah orang? suruh ingat dental marpho susah giler. tapi ingat salah orang senang betul. masalah betul! cube gune daya ingatan tu tuk ingat benda yang lagi bermanfaat. ni ingat semua benda yang hitamkan hati je. yang bersihkan hati, senang je lupe. haish.

tetibe teringat kat seorang kawan tu. kawan yang suka sangat menyindir. tapi menusuk kat dada. walau apa dy cakap, x rasa sakit hati pun. tapi rasa nk berubah. kepada kau yang ade kat cairo tu, tolong laaa marah sket aku. ok, marah banyak pon x pe. sindir laa aku ke ape. tolong laa ubah perangai aku ni. dalam banyak banyak manusia yang ade kat dunia ni, aku rasa sindiran n perlian kau laa yang paling aku boleh terima. haish.





xde keje. macam ni laa jadi nya. haha. tapi jangan sesekali tertipu dengan sebuah senyuman. senyum x bermakna bahagia ye. tapi kalau dengan senyum, boleh buat orang lain senyum jugak, aku lagi rela senyum. :) kalau x boleh senangkan orang, jangan susah kan orang. kan?

masa remaja ni, masa mencari identiti kan. mcm susah kan nak cari identiti diri. aku x tau aku nak ape. aku x tau ape yang terbaik untuk aku. aku x tau macam mane aku nak hidup. aku x tau jalan mana yang aku nak ikut. ku x tau aku nak hidop yang macam mane. aku x tahu pndangan mane y paling betul. aku x tahu arah mane y terbaek. aku x tau, aku x tau. dan kalau boleh aku x nak fikir pun. tapi azyan, sampai bile ko nk mcm ni? org laen ada matlamat. ada tujuan. tahu ape yang dyorg nak. tapi ko ni. go with the flow je. ko ingat semua benda ditentukan kan ke? mana usaha ko?

x suke tau bile macam ni. jiwa kacau! semua benda nak keluar dalam pale otak. semua benda. hatta sekecil kuman pun keluar. benci betul.

ok, azyan. jangan ikut kan sangat perasaan tu. cukup cukup laa tu. istighfar banyak banyak. selawat banyak banyak. bila macam ni, syaitan banyak datang. halau dyorang cepat cepat!

ok, fine. nak buat benda baik tu da cukup susah. nak ISTIQAMAH tu, mcm sejuta kali lagi susah! 

ape ni. da laaa tu azyan!!!


.......

9 comments:

Akif said...

azyan. sakit hati dgn ak ke? :(

AzyanAaziz said...

hah? ko?! ko ada wat salah ape ngan aku? haha. xde laa. bukan ko laa.

aku.dye.mereka said...

azyan, sorry kalau terasa ngn akuu

AzyanAaziz said...

ni sorg lagi. bukan ko laa. haish. jgn risau.

Akif said...

bukan ak ke? wahahaha. blh ktuk ko lg.

AzyanAaziz said...

siudd ko qutha, haha. aku merajok betol2 kang, baru padan muke. haha.

Nurul Syazana said...

ayannnnn :'( aku mintak maaf kat kau kalau aku tergolong dalam 'sometwo' tuuu. sorry banyak2 kalau ada buat kau sakit hatiiiiii. sorryyyyyy. takut :(

AzyanAaziz said...

gana, eh xde laa. jgn laa takot. bukan ko pon. relek laa. hehe.

luqman said...

ok..da jumpe sorg..ke 2 org ek??hehe..senyuman2...x)