24 March 2011

macam-macam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

semalam moody.
pastu ada sorang kawan tunjuk kan aku gambar yang aku gelak terguling2.
ni memang siyes terguling guling.
x percaya tanya ira.
dy da plek tetibe boleh golek2 depan lappy selepas seharian moody.

HAHAHAHAHAHAHA.

ira, mesti ko ingat aku gile kan kejap? hehehe.
then hari ni dapat hadiah
ok, hadiah ke tu kalau aku yang mintak org buat kan?
ceh, poyo laa ko azyan.
x malu mintak orang bagi hadiah.
tapi peduli ape aku.
bukan selalu aku susah kan orang kan? 
hehe.



gile sopan kan aku? macam da boleh kawen. 
HAHAHAHAHAHAHA.
*mood gatal x habes lagi*

btw, kepada ko.
thnx banyak2.
terasa feminin lak ko buat pink. hehe.
: )

ok, nape hepi sangat ni?
haih, sape x hepi bile dpt elaun kan?
tadi pergi tukar cek.
blink blink mata ni tengok duit.
semua itu hanya dunia je azyan.
simpan duit tu, jangan boros.
hmm, cm ne r nak uruskan duit?


hurm, di kala duduk di perantauan ni, semua kene buat sendiri laa kan. kalau kat umah, pergi jusco ke, tesco ke, carefour ke, giant ke, ape2 laa, semua main ambik masuk troli. x pernah fikir pun harga berapa. nak, ambik je. kalau makan kat kedai, order jelaa ape nak makan. banyak ke sikit ke, suke hati laa. cuma kene pastikan habis kalau order. kalau pergi jenjalan mane mane, semua x yah fikir. boleh tidur je dalam kereta. bangun bangun da sampai. hotel, makan, kereta, duit minyak, semua mama ngan abah da uruskan. x yah fikir ape pon.

tapi sekarang........




even nak pergi fathalla yang kecik kenonet tu pon, kine berkire.
ok, law aku cakap kecik, memang kecik ok. x tipu laaa.
target LE 70, memang x boleh exceed laa kan.
haih, LE 75 tu same dengan RM 37.50.
hebat x sebulan belanja RM 37.50 je??
hahahahahaha.

kalau makan kat kedai,
mesti mahu order y betul2 kenyang n murah.
mesti mahu yang berbaloi.
ketchup, apple, x yah cakap laa kan. :D
cook door y mahal itu, susah laa nak jejak kaki kan.
payah2 beli kuftah ke takmiyyah bilbidh je. baru 2 genih. 
hahahaha.

kalau nak pergi cairo ke alex ke,
mesti mau fikir,
transport, tempat berteduh, makan, baju bla3.
kdg2 bile fikir byk laa buat hilang mood nak jenjalan tau.
haih.

hal sewa rumah, barang rumah, bila air, letrik, gas, internet segala bagai semua kene fikir sendiri. macam macam nye yang kene fikir! ni belum kawen lagi ni. hahaha. haaaa, sudah. tengok. gatal balik. dush3. mama, sila marah sikit anak dara mama yang sorang ni. haish.

sebab tu da cakap

perempuan ni complicated. so aku pun perempuan. memang x terkecuali laa kan. semua nk fikir secara detail. wat serabut otak jelaa.

ok, sebenarnye aku x tahu ape motif aku menulis. yang aku tahu, aku tengah bengang dengan internet Hummer ni. lembap tahap gaban laa aku cakap. hailooo.



wallpaper ini sudah tukar kepada yang atas itu. :)
spelling dy macam salah kan? haha.

bawah nak cerite pasal lain pulak.
cerita pasal kawan aku.

aku ada sorang kawan.
dulu kat intec macam x kawan pun.
sebab lain kelas kot.
plus, x pernah berpeluang bebual pun ngan dia.
budak ni femes gle kot tym kat intec.
sape x kenal dy, memang laaa.
jujur cakap, dulu aku macam,
'apsal minah ni? terjerit sane sini? kuat gle suara.'

but tu dulu.
kat tanta ni, aku gle respek laa kat dia.
tabik spring pun rase macam x cukup nk gambarkan kagum n hormat nye aku kat dy.
nak kate 360 darjah berubah, x boleh laa kan.
dy bukan berubah jadi lelaki.
tapi memang macam obtuse angel laa kan.
270 darjah berubah kot!
atau lebih, x tahu laa kan.
dia kate dy da jumpa seseorang dy.
seseorang yang boleh tarik dy.
tegur dy.
betul kan dy.
penunjuk arah dy.
bawak dy balik ke jalan yang betul.
aku sangat kagum!
hari hari aku tengok dy.
baru baru ni dy mula pakai tudung bulat.
tudung sekolah macam sekola kisas tu.
yang jahit tengah tu.
aku macam woooowaaaaaaaaaaahhh~
semakin hari semakin baik.
semakin hari semakin buat aku rendah diri.
buat aku jeles.
bukan jeles sebab dy ade seseorang tu ok,
tapi sebab dy ade kekuatan tu nak berubah.
berubah itu da cukup susah.
nak istiqamah, berjuta kali susah.

untung kawan aku tu kan,
Allah bagi dy seseorang untuk tarik dy.
Allah bagi dia hidayah-Nya melalui seseorang tu.
hidayah Allah tu kan luas.
aku tahu, hidayah Allah tu boleh dicari.
aku x mengharap pun Allah bagi aku hidayah-Nya melalui seseorang jugak.
semua orang ada rezeki masing masing.
aku cuma berharap, aku diberi cukup kekuatan untuk berubah.
dan diberi lebih kekuatan untuk istiqamah.
amiin. :)




.....




6 comments:

eiyrararara said...

ye, aku saksi ko terguling2 depan laptop. hahah

Nadiatul Akmal Badrul Hairi said...

yey ! aku kenai itu sapaaaa. woha!

AzyanAaziz said...

ira- thanx jadi saksi. haha. :D

nad- poyo laa ko! sape x kenai aku x tau laa nak cakap kan. HAHA. :)

Akif said...

ira - bia btol dy guling? hampeh btol.

ismatulnabilaismail said...

err.. aku ke yg diceritekan ni??

AzyanAaziz said...

qutham-thnx to ko aku da hepi balik. hahaha.

metot-hmm, kalau bukan ko, sape lagi. hehe. :)